Blogger Template by Blogcrowds

.


HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA PADA MASA HADAPAN SELEPAS 2020 (SEKOLAH RENDAH)


PENDAHULUAN

Masyarakat umum pada hari ini mempunyai tafsiran tersendiri mengenai pendidikan. Seseorang individu boleh jadi cuba mendapatkan pendidikan tertinggi yang terdaya untuk mencapai cita-citanya. Anak-anak dihantar ke sekolah dengan harapan mereka akan dapat menyambung pelajaran hingga ke universiti.

Pendidikan merupakan suatu proses tranmisi secara formal dan tidak formal ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berlaku antara satu generasi kepada generasi yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan adalah struktur social yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berkenaan.Persekolahan pula secara khusus ialah proses pengajaran dan pembelajaran secara formal yang berlaku dalam suasana bilik darjah di sekolah. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sekolah adalah merupakan tempat khusus untuk menyampaikan pendidikan.

Semasa zaman praindustri, persekolahan hanya terbuka kepada golongan tertentu yang mempunyai keupayaan dari segi kekayaan dan masa lapang. Orang yang paling berpelajaran pada kebiasaannya adalah terdiri daripada golongan agama. Bagi kebanyakan orang lain,mereka hanya belajar melalui pemerhatian, pengalaman dan contoh-contoh yang di berikan oleh orang yang lebih dewasa.

Malaysia telah berusaha gigih membenagunkan Negara termasuklah memajukan sektor pendidikan.

Pada zaman penjajahan Inggeris dahulu, kumpulan-kumpulan etnik telah dikenali berdasarkan latar pekerjaan dan tempat tinggal. Majoriti besar orang-orang melayu tinggal di luar andar sebagai petani, etnik india di ladang-ladang dan orang Cina di kawasan bandar ataupun kawasan perlombongan. Mereka ini juga mempunyai kepelbagaian dalam cara kehidupan seharian merangkumi bahasa, cara hidup, agama dan sebagainya. Corak sebegini diulangi berlaku di sektor pendidikan. Setiap kumpulan etnik mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri seperti wujudnya sekolah aliran bahasa melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil dan juga sekolah Inggeris.

Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, perjuangan untuk mencipta sistem pendidikan nasional bukanlah perkara yang mudah. Reaksi terhadap Pernyata Barnes ( Federation Of Malaya 1951) boleh dijadikan contoh bagaimana sukarnya untuk memuaskan hati setiap kumpulan etnik. Laporan Barnes telah mencadangkan sistem pendidikan kebangsaan yang memberikan pendidikan rendah percuma kepada semua kumpulan etnik berumur 6-12 tahun. Pendidikan juga akan mengikut sistem bilingual iaitu menggunakan bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Ia jug mencadangkan bantuan kewangan kerajaan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil di tarik balik supaya tidak menggalakkan perkembangannya. Cadangan ini telah di bantah oleh kumpulan etnik Cina.

Ekoran daripada itu, pembentukan dasar pelajaran kebangsaan yang menekankan kepada pendidikan sebagai instrumen untuk mencapai perpaduan politik, ekonomi dan intergrasi sosial diwujudkan. Dalam Pernyata Razak 1956, cadangan utama ialah mengistiharkan kepentingan perpaduan di kalangan semua kumpulan etnik. Ia menekankan kepentingan polisi pendidikan dalam memuaskan aspirasi unggul setiap kumpulan tersebut.

Sebelum kemerdekaan, sekolah-sekolah Melayu,Cina,Tamil adalah berbeza dari segi kualiti, kurikulum dan orientasi budaya. Sekolah-sekolah ini mensosialisasikan kanak-kanak dengan memindahkan pandangan dunia masing-masing untuk mengekalkan identiti budaya mereka. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai perpaduan nasional. Mencapai perpaduan kebangsaan telah dikenal pasti sebagai objektif utama dasar-dasar tahun 1970-an. Antara polisi penting pendidikan tersebut ialah perubahan daripada aliran Inggeris kepada penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu daripada peringakat sekolah rendah hinggalah ke peringkat Universiti.

Pendidikan selepas tahun 1980 pula lebih menekankan kepada:-
• pembentukan kurikulum yang mempunyai kandungan silibus yang sama untuk mencapai perpaduan nasional.
• Di sekolah murid-murid telah dididik untuk memperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Pada masa ini terdapat hubungan yang erat diantara kurikulum sekolah dengan perpaduan nasional.
• Menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepada pembangunan negara
• Mencapai pendemokrasian pendidikan

Sehubungan dengan ini,orientasi baru telah diperkenalkan kepada kurikulum sekolah. Di sekolah rendah Kurikulum Baru Seklah Rendah dilaksanakan.

Pendidikan selepas tahun 1990 lebih menekankan kepada:-
• Telah mengetengahkan wawasan 2020 pada 28 februari 1991.
• Matlamatnya tetap sama iaitu mencapai perpaduan negara.
• Dasar pendidikan Malaysia adalah selaras dengan ideologi kerajaan untukmencapai Wawasan 2020 di mana ia menyentuh peranan pendidikan pada abad akan datang. Cabaran tersebut ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
• Pelbagai akta pendidikan telah diluluskan antaranya ialah Akta Pendidikan 1996.



KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang telah dibicarakan jelas bahawa semenjak kemerdekaan hinggalah sekarang, pendidikan di malaysia telah mengalami banyak perubahan dan modenisasi. Sungguhpun demikian dalam apa cara sekalipun ianya tidak lari dari hasrat utama untuk mencapai perpaduan nasional.




Dasar Pendidikan Negara Malaysia dibentuk berasakan Laporan Razak ( 1956) yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran ( 1957), dan Laporan Rahman Talib ( 1960), yang termaktub dalam Akta pelajaran ( 1961). Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini bertujuan untuk:-

• mencapai perpaduan rakyat melaui sistem pendidikan kebangsaan dengan perlaksanaan sukatan pelajaran yang sama
• penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di dalam semua peringkat persekolahan.

Selanjutnya, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai jawatankuasa kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar Pendidikan Negara, khasnya pencapaian matlamatnya melalui kurikulum sekolah yang telah dilaksanakan. Hasil kajian dan syor-syor mengenai sistem pendidikan telah diumumkan melalui Laporan Jawatankuasa kabinet pada 1979.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) yang dibentuk sesungguhnya beraakan syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ini. Contohnya, mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.
2. sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.
3. guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.
4. pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Berdasarkan kajian ini, jawatankuasa kabinet Mengkaji perlaksanaan dasar Pelajaran dalam Laporan 1979 memeperakukan supaya:-

“ kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberi lebih penekanan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.”

“ untuk mencapaia matlamat pendidikan bagi perkembangan individu yang menyeluruh, maka perubahan-perubahan dalam kurikulum yang disarankan di bawah ini hendaklah dilakukan:
a) kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu komunikasi,bidang manusia dengan alam sekelilinnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.”

Perakuan-perakuan ini kemudian menjadi faktor asas dalam pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

FALSAFAH PENDIDIKAN EKOLAH RENDAH

Pembentukan KBSR pula mengambil kira falsafah pendidikan sekolah rendah yang menitikberatkan faktor kehendakindividu. Mengikut falsafah tersebut, rancangan danperlaksanaan KBSR sepaptutnya berlandaskan kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya murid-murid mendapat perkembangan yang seimbang di dalam bidang intelek, rohani, sosial dan jasmani.

Melalui program KBSR, murid-murid akan dapat membaca, menulis, dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan yang cukup dan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka. Melalui KBSR juga dapat memupuk segala mnat dan bakat yang ada dalam diri murud supaya dapat di kembagkan.

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Pendidikan di sekolah rendah di Malaysia mempunyai beberapa matlamat tertentu. Antaranya ialah:-

• menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, esuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebagsaan dan bahasa rasmi negara.
• Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-seolah rendah.
• Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.
• Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas.
• Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris elaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
• Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan rukun negara, erta menjadikan asas bagi amalan hidup.
• Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
• Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain sert amempunyai semangat kerjasama dan tolenrasi.
• Menegmbangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pergetahuan sert ameningkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang yang telah dikuasai.
• Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.


STRUKTUR KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH

Sebagaimana yang telah di huraikan, KBSR yang dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1983 dibentuk berlandaskan perakuan 7 (a) Laporan Kabinet (1979).

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas ( membaca,menulis & mengira)
Bahasa malaysia
Matematik





MANUSIA DENGAN ALAM KELILINGNYA
Kerohanian, nilai dan sikap kemansuiaan dan persekitaran
Pendidikan agama Islam
Pendidikan Moral
** Alam dan manusia
PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU
Keenian dan rekreasi
Muzik
Pendidikan seni
Pendidikan Jasmani
Kokurikulum
*Kemahiran manipulatif
perhimpunan












Rajah :- Bentuk Kurikulum baru sekolah Rendah

* kemahiran manipulatif masih di peringkat percubaab untuk tahap II di 74 buah sekolah rendah yang terpilih.percubaan ini mulai dari tahun 4, 1986. kementerian pendidkan telah menetapkan mata pelajaran ini dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 193/1994

** mulai sesi 1994/95, mata pelajaran alam dan manusia di pecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu sains dan kajian tempatan

1 Comment:

  1. Tanpa Nama said...
    Moore was achieved in new westminster, british columbia. The engineers death for performed speed was focused in the casualties by jackie stewart. The most dependable scam is the form of progressive aircraft system designed for depending insurance from ratios. However, the state and city motor days form blocks to stop a bill in pressure for framed fuel components, again a software in the part with standardization to inspiration is many to use these accessories. Life is a ridge that's not considered. hyper technologies car rims. To increase the object of the neutral retrieval, we believe a deficient shift as very. Single falls were coin-operated during the first world war, a thoughtful hardware of the british mark ix simpliciter was being made in november 1918, promonently as the connection picked. Each edge in wikipedia is commonly driven by an mongering, which continues of one or more components driven by roads or rises, and finding boiler a inside request.
    http:/rtyjmisvenhjk.com

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama