Blogger Template by Blogcrowds

.

kursus kahwin

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Suami...Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Manakala Isteri.... renungkanlah.
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa.
Apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
dan tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.



2008 aku dah daftar kursus kahwin tp kene batal kerana aku terpaksa dipantau xleh cuti, so itu ler kali terkhir kursu xpyh bayar kt sarawak nie, ................. dan skrg 2011...... mei nie teringgin nk p tp aku kene masuk wad pulak, so lepas kuar wad tue ada 4hari lg cuti, ada ke buka kursus kahwin masa tue kt besut??????????????????????heheheheheh..... susah x kursus kahwin kt besut? asal aku nk kursus nie nk kahwin ker? xder ler... nie semua idea classmate aku dulu baru jupe blik kt fb, kami pernah berjanji kalau umur dah nk sampai 29thn xkahwin2 lg so kami kahwin sesama sendiri...hahhahahah...geli lak aku nk kahwin dgn kawan sendiri... tp jodoh siapa yg tau, betul kata org kahwin ler dgn lelaki yg sygkan kita dan bukannya dgn lelaki yg kita syg, kerana lelaki yg sygkan kita xkan menghampakan kita... so ape mcm?????????????????so....................btl ker nie?gatal nk kahwin? xlah, aku lg suka single kot, tp enth ler xkan dah dewasa2 nie ni nk bergantung kt ayah dan mama lg............... so perlu teman, teman perempuan baik mcm mn pun kalu gaduh mesti dia canang seluruh dunia ttg kita, tp klu lelaki tidak.... tp terbatas pulak, so nk settle tue mcm tue ler, teman lm, meme rapat, tp geli lak nk bt teman sebantal...wawawawwxpelah p jelah kursus kalu sempt, so susah2 sgt aku terima ler lamaran dia, mati aku kene gelak kt kwan2 krn ms kt u dulu selalu jer gaduh.....................hehehehehehhehe.....mr.h...................kuikui...serius perasaan aku pada dia mcm manusia tgk batu, xfeel pun........... tpkan org kata bila dh nikah semua benda kita dpt pahala, so nk kutip pahala kita kene kahwin................. tgk ler petanda mcm mn, kalu dah jodoh xke mana, tp serius biar ler kami jadi kawan jer, aku ni teringgin lak nk kahwin dgn org arab, dpt ler makan , petik kurma hari2.....hehehehhehehe.... mn nk cr pak arab nie? kalu dah jodoh xke mana

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama