Blogger Template by Blogcrowds

.



sayu je dgr lagu ni........... kerana aku juga hamba yang berdosa......... berdosa krn bt mama dan ayah risau ttg penyakitku........... dll


Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........



Pengajaran dari satu penampar



Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan

3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.



Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!



Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.



Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.



Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan



1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.



Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?



Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya..



Pemuda : Saya amat tidak faham...??



Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?



Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!



Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?



Pemuda : Ya....!



Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?



Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!



Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.



Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?



Pemuda : Tidak....!!?



Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?



Pemuda : Tidak....!!!?



Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!



Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?



Pemuda : Kulit dan daging...!!!



Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?



Pemuda : Kulit dan daging....!!!??



Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?



Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?



Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!



Pemuda : Allahuakbar!



"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"



'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'.


Taubat Seorang Hamba
Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini..

impian


impian nk guna ipad xjadi

Punca batu karang
Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

penat

telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan krn hilang kekuatan, mn xnya aku 1- 8jun dlm wad,balik sarawak, kemudian pulang ke husm kubang kerian kota bharu 14-15 jun aku masuk wad husm semula, blik sarawak 19 jun-21 jun masuk wad jugak.............. 5julai hingga bila balik husm bt rawatan susulan semula, 20 julai sampai????? masuk wad buang stenting semula.kt husm.................. ya Allah penatnya aku

urm

hey kawan2...14hb saya masuk wad lg.................. urm... tempat kat katil wad yg dkt dgn katil sebelumnya, 15hb sy dah buat rawatan, perghhhhhhhh..sakit u wpun hanya berbaring atas katil seorg2 disinari cahaya laser................. serius sejam bagaikan setahun dan bunyi dia bingit.....................
byk perkara.... berlaku.namun syg xsempt nk cerita semuanya, saya dah hbis cuti so wpun sakit hari senin nie sy masuk kerja ler, nak bt mcm mn........... 5hb julai nie ada rawatan susulan lg, 21hb nie saya operate sekali lg...................... badan , pkran terasa penat gila, ya sy hampir berputus asa rasa nk stop je rawatan, sesak jg byk kalsium dlm darah nie..serius........................

dlm kegelapan sy bertemu sinarnya, ya Allah sygi aku, hanya cinta-Mu ku harapkan ............ ya cinta yg ikhlas jujur............ mentis air mata, mengenangkan dosa2 yg aku lalukan, ya meme aku x merompak, membunuh, namun kadg2 kita alpa, dosa2 kecik yg dipandang enteng,............. ya Allah, lindungilah aku, kuatkan semangatku menempuhi dugaan ini, sesungguhnya aku makin lemah, ya aku hanya perlu cinta Allah, seandainya penyakit ini tuk ingatkan kepadaku ttg MU ya Allah, ampunkanlah aku dlm sedar atau tidak kesemua dosa2ku..................

rokok

dipetik dr fb
SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

(KENYATAAN 2)
Dikatakan pada masa lampau doktor yahudi pernah membedah seorang lelaki penagih rokok. Mereka dapati daging dan ototnya mengerut kehitaman, sum-sum tulangnya hitam pekat. Jantungnya seperti karang laut berlubang dan berongga yang mengering. Hatinya pula terbakar seperti dipanggang api. Sejak itulah doktor yahudi melarang penggunaan rokok. Sebaiknya mereka memerintahkan menjualnya ke negara2 muslim. Dari sinilah para ulama mengungkapkan pengharaman rokok kerana ihtiyath (berhati2 dalam mengambil hukum)

xxx


Jadi, nak dipendekkan cerita, kebanyakan masyarakat kita sedar mengenai akan bahayanya rokok kepada kesihatan kita, namun begitu, bilangan orang yang betul-betul mampu berhenti amatlah sedikit. Dan jika kita lihat, semakin ramai yang merokok. Lagi-lagi budak-budak sekolah dikawasan kampung, pekan, mahupun bandar.


Pihak kerajaan dah melancarkan kempen tak nak merokok, malah meletakkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan gejala merokok, tetapi impak nya? Lihatlah Sendiri. Jika isu harga naik,contohnya harga minyak, tepung, gula dsb habis kecoh, namun jika harga rokok naik? Anda lihat sendiri...........

Kalau anda pergi ke pasar malam, ada sesetengah menjual kotak rokok yang canggih, style lagi elegen untuk menggantikan kotak-kotak rokok ini. Ada yang ada lighter, lampu dsb..... Katanya, sejuk mata memandang dari melihat gambar-gambar ni.... hurm... macam-macam.....


Isu rokok ini seperti tiada penghujungnya. KITA SEDANG KALAH secara mentalitinya. Aku pernah melihat satu video dimana Mat Rempit dimana dia mengalami kemalangan. Mulutnya mengucapkan perkataan Rokok..... Rokok....Rokok....... Bayangkan sendiri. Dimanakah ucapan Allah? Rokok yang dicari? Jika Mati?.........................

Isu rokok ni juga boleh menjadi sensitif kepada sesetengah golongan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang berumur. Sukar untuk menghentikan amalan mereka ini. Merokok sudah menjadi satu kebiasaan, kewajipan, dsb. Tidak Sah jika selepas makan tidak dijamu dengan rokok.

Marilah sama-sama kita memikirkan cara yang terbaik untuk menghapuskan Gejala Merokok ini. Sayangi islam, Sayangilah nyawa anda...sayangi duit anda, jgn duk bakar duit gok..

Babe - Kru



saya masih perlukan awak................. untuk lalui jalan berduri saya........... saya amat lemah.............sampai bila sy akan bertahan saya xpasti..................

limi satu kelas kt uthm dgn aku, dio ni kwn plg best ler,............ masuk induksi pun dio sm dan segroup dgn aku............. tq limi...ko meme kawan aku....hehehehhehe..semogaa bertambah ler ank ko dr 1 jadi dua ...hehhehe
Today
Report · 8:58pm
alop
Report · 8:58pm
yop
Report · 8:59pm
guano tu?
mung tok sihak ko?
Report · 8:59pm
x
Report · 8:59pm
ce citer gak
Report · 8:59pm
1-8jun aku kt husm
Report · 8:59pm
loni dok mano?
Report · 8:59pm
esok pg blik dr sarikei ke kbr tok masuk wad blik
Report · 9:01pm
sapo sakit loni?mung ko tok mung?
Report · 9:01pm
aku ler
Report · 9:02pm
sakit gapo?
Report · 9:02pm
kalsium tinggi dlm darah
Report · 9:03pm
tok royat doh..buleh aku g melawat ari tu
guano nyakit braso?
Report · 9:04pm
xingt mi, 1 aku masuk 2hb aku bedah endoskopi
Report · 9:04pm
bedoh perut ko?
Report · 9:04pm
semua kwn aku jg, nurli dan yati, family aku pun xtau
dok eh masuk stent je
Report · 9:04pm
laa..bkpo family dok tau?
Report · 9:05pm
mesti diorg xbg bedah pun wpun bedah guna camera jer
Report · 9:05pm
ooo
pah loni guano?
mitok pindoh la
mung paka ipad ko loni?
Report · 9:06pm
pindah xleh
xpakai eh duit hbs ko tiket
Report · 9:07pm
doh tu buh ko gamabr tow
Report · 9:07pm
nk tp xdpt
hahahahaaha
mung pindah doh ko?
Report · 9:07pm
huhuu
uh
kok mano pindoh
Report · 9:08pm
mn aku tau
dah sah jawatan?
Report · 9:08pm
lum dapat lagi surat
mung?
Report · 9:09pm
sm ar
Report · 9:10pm
cian ko ek
harap ko cepat sembuh la deh
Report · 9:10pm
sian
wawawawaw
terima kasih
doa2 ler bc yasin ko wawawaw
Report · 9:10pm
insyaallah
Report · 9:11pm
;-);-)
Report · 9:11pm
pah mc brapo lamo pulop?
Report · 9:11pm
xtau wei
yg pasti bulan 7 aku kene buang stent tue
Report · 9:13pm
byk2 sabar deh..rehat seculupnya
*secukupnya
Report · 9:13pm
aku takut sebenarnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
wawaw
Report · 9:15pm
sebenarnya aku ni tak tau sgt ngane penyakit ni
blah mana yg sakit
mcm maner ruper nyer
Report · 9:15pm
leh sebabkan mendapan garam dah akhinya jadi batu, sakit sendi, gugur rambut, dll ganggu fungsi badan
aku xsakit, xtau pun shingga bt ujian darah
krn deman 7bulan yg lalu
Report · 9:19pm
kire nyakit ni bahaya ek
eee
cepat2 la brubat feri
aku terkejut gak tgk facebook ari tu
Report · 9:19pm
boleh ler kalu xtau
aku dh lambt 7bulan mie
aku takut sgt
Report · 9:20pm
tp ko dah kuar kot time tu
Report · 9:20pm

takut


masuk wad selepas 6hr kuar, ngeri betul, ya Allah ampunkan dosaku, takutnya nk dgr keputusan dan mungkin........................................wawawawawaw...org sibuk nk kahwin nikah aku sibuk masuk wad, penat hr nie bereskan kerja2 sebelum bercuti...sakit, wawawaww...ke jodoh aku ada kt hospital, acap teh masuk wad, lusa aku bt x-ray dan imbasan otak...ohhhhhhhhhhhhhhhhhh tidak...................... doakan aku pulih ye kawan2................................... dan dapat jodoh dgn mn2 doktor pakar kt situ, amin...................(hahaha berangan je, kerana takut sgt nk masuk wad, krn xleh trima lg kejutan yg danger2 ni..................)

seandainya kalsium dlm darah itu krn hormon..mati ler aku...................... sedih gila aku sekrng............. terasa memerlukkan seseorg disamping tuk sokongan moral, aku xnk kene bius lg, xnk..sakit, tp aku kene bt jg, aku dah letih............ sedih dan kecewa, ya Allah kuatkan aku lalui hr2 yg telah ENGkau tetapkan kpdku dgn iman dan takwal..............
dan sekarng satu tempt kerja dah tau pasal sakit aku...aduhai....................... aku xmahu ini...................... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............... tiba air mata menitis tatkala dgr suara mama dlm tepon.........................

perubahan diri makin ketara, ya aku kene buat rawatan................ sekelip mata je diri aku berubah.....................sedihnya.........................

Khas Buat Mak




terbaru dr anwarhadi tgk

hy semua

lama aku xmenulis, bukan menghilang tp aku masuk wad dari 1 - 8 jun 2011, so bt penbedahan endoskopi, urm....10hb aku blik sarawak, sempat duk rumah shari ke kt besut, blik guna mas, almakluml ler klia tu luas kene jauh berjalan bila aku transit penerbangan dr kbr ke kul, dan dr kul p sbw, so aku sakit gila masuk duk klia tambahan plak suasana sejuk, aduhai, urm semalam br beli tiket balik tuk 14hb, dr sbw ker kbr.... mahal gila wpun dah hr berkeja, pokai juge ler dah ler xgaji lg, rm518 one way lum lg blik ke sbw.................. urm aku xbeli lg krn xtau bila plak aku discaj dr wad kali nie....................... aduhai, semoga aku tabah menghadapi ujian ini,............. sepjg aku duk wad kt husm kubang kerian hari tue, org yg jaga aku ialah tie dan nurli, makan, mandi, toilet semua dgn diorg, almaklumler aku xkuat lg lepas pembedahan tue, terima kasih sahabtku sekalian krn hbskan cuti korg tuk aku, jasa korg xmampu ku balas, ingat dah settel rupanya xsettel krn punya aku tinggi kalsium dlm darah xditemui lg, so aku makin berdebar, serius.....................

kerja kt opis berlambak. kebetulan pulak aku kene jupe kps 22 jun nie, mcm mn nie? jgn bos kata aku larukan diri udah, sape nk ganti aku???????? terpaksa susahkan daniel ler nie, xsedap hati betul kerja pas kt org, ya Allah tlg aku.................... aduhai, xsenang aku duk kt wad mcm nie..................................................... sape x luluskan aku pindah?.................. geram betul..............................

johari plak sibuk nak nikah, aduhai, aku suka mak dia, along dio, layan aku terima aku seadanya, tp aku xleh masuk dgn johari, pemikiran kami berbeza, dan dia panas baran , aku serius xsuka lelaki panas baran dan merokok............... aku berterus terang keadaan aku yg sakit dan teruk sekarang, aku.................. aku rasa dio bkan jodoh aku, terima kasih kerana johari sudi tunggu aku lm dan terima penyakit aku, tp aku xbetah dgn cr hidup dio, al maklum ler duk kl mcm mn kan,dari aku ada nub sehingga arwah xada johari tetap ada, tp dia meme tua dr aku 3tahun, tp dio xmatang lg dr segi pemikiran, aku suka org yg suka berdebat dgn aku, leh tegur aku dan buat aku berfikir................... lg satu mama xsuka johari, aku malas nk gaduh dgn mama........................entah ler, xada dlm list tuk aku nikah bila keadaan kesihtn aku makin teruk nie, kalsium tinggi dlm darah bahaya ni, semoga para doktor dapat cr puncanya... terima kasih drzahar kerana dia ler yg refer aku ke team pakar endokrin... dr azahar nie pakar team urologi..............
aku suka dgn dr azhar nie, begitu jg dgn nurli, sekali pandang macam india rupenya anak mami, hehehehhe, yg best dia nie islamik gila, malam sebelum aku bedah dia p jupe aku nk terangkan, bg kata2 semangat, bagus betul, actli aku ada 3dr pakar urologi semasa operasi di bilik bedah, ialaitu di ketuai oleh dr azhar, ezani, huzairi, dlm dewan bedah tue aku dibius separuh so aku meme lali tp dgr ape mereka ckp, lepas bedah aku di pantau oleh doktor biasa, iaitu dr firdaus, hazwani dan lain2 doktor, tp selang sehari drazhar meme p tgk laporan dr doktor2 lain dan jupe aku,begitu jg doktor ezani dan huzairi sehari skli p pantu aku, lain2 masa pantauan dr firdaus ler, dr fazillah jrg2, hahahahhahahaha, xpasai2 aku glomur kt wad 3utara kerana kak za, hbs dia cerita pasa l pekerjaan aku kt semua pesakit kt wad, ai kak za nk tlg saya cr cik abe ker?hhahahhaha, mn ada org nk kakza dah ler sakit teruk skrg, rupe dah selekeh gila,hahahahhahahahah, oh ttg dr azhar, terima kasih kerana tlg sy refer ker doktor pakar team dr asmidar team medical , harap2 team urologi dan medical mampu menyembuhkan penyakit sy dgn izin Allah, amin...............


byk perkara berlaku di wad 3utara, lepas aku bedah aku meraung krn sakit satu wad dgn panik semua org, bg makan ubat thn sakit, suntuk lg xjalan, kesian nurli jadi mangsa aku marah, tq sahabt, jasamu xkan aku lupa, terima kasih krn tunggu aku di dewan bedah, terima kasih krn bg sokongan moral pada aku, ye saat kita sakit sokongan moral adalah penting, dan saat nie ler ramai yg akan lari dr kita, manusiakan, time u cantik, u sihat, u kaya, u kan dipuja, time u sakit, u lemah, u dah xcantik u akan di tinggalkan........... itu ler adat dunia, dan masa tu korang akan dgr berbagai alasan, terima kasih juga kepada yone krn tlg aku pasal hp.......... shbt mn pun anda, atau hospital anda duduki, anda perlu org jaga bila sakit, tuk hilg rasa takut, gementar,luahkan perasaan.................. urm................ terima kasih kakza dan anak dia atikah krn tlg aku, kakza tue pesakit jg, so bila mlm anak dio tolg aku kalau nk ape2... maklum ler mlm xada org jg aku, siang xpe ada tie dan nurli....................... jasa mereka xmampu aku bls, terima kasih jg dgn nurse masnira, yani, dan beberapa lg nurse urologi, pelik tp benar, di husm, nurse ikut pesakit doktor sape, maksudnya, jika anda pesakit urologi nurse urologi ler yg jag nurse lain xkan ambil peduli, dan xleh tlg bg kita ubat, so tunggu jelah nurse awak dtg kalau ada ape2.................. urm






crita plg lucu ialah first time p bilik bedah dr tingkt 3 ke dewan bedah, meme bogel siot, ditutupi dgn slimut je, wow malu wei terlentang berbaring atas katil di baea naik lif....................hahahahahahahaha...................nasib x jupe sa kt sana,

lain-lain hal
jupe pakcik gatal, bini bru bedah, ubat bius xhbis lg nk jg kacau pesakit alin, marah nurli, hahahahahhahahahaah, lelai tlg ler hargai isteri anda....................kalau mcm datuk k lain ler kot................. hahahahha nie gak kuku kaki pun xbersih,.... kalau berani sgt, ckp tgk mata ar............hahahahhaha

14 jun 9 pg kene masuk wad lg, maslaahnya aku tiba kt airport pengkalan chepa pukul 11.05 pg so mcm mn?????????????????/ marah ler dr. firdau krn dia nk bt imbasan otak........................... oh tidak........................

doakan kan aku selamat dan sembuh je kawan2.......................... rindu nk jadi sihat walafiat, hargai ler kesihatan anda, seandanya anda dah ada ape yg perlu jgnlah tamak, hidup ler dgn wasatiah... harta, pangkat , wanita/lelaki dan hawa nafsu adalah perkara bahaya dlm hidup, uruskan ia dgn baik, dan belajar ler bersyukur dan jgn ler anda berjanji jika anda xmampu tunaikan.......................... maaf zahir bati kepada semua, masa tuk makan ubat tahan sakit, ......................................................

kadang kala aku terpk dua kali dah aku nk kursus kahwin terbantut, pertama masa 2008 krn ada pemanatuan, terpaksa cancel, tahun ni plak krn aku masuk wad 8 hari, xjadi lg ler aku nikah nampaknya, mungkin ker?????????????????
1)
2)
3)
urmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ape ekkk? biar ler rahsia sebab2nya..............
huhuhuhuhuu...semoga roh nub tenang di sana...............huhuhuhu.... jupe di akhirat...hehehehehhehehe...............(ciss ingat cinta lama pulak, aduh sakit xleh jalan nie...huhuhu)

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama