Blogger Template by Blogcrowds

.

rokok

dipetik dr fb
SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

(KENYATAAN 2)
Dikatakan pada masa lampau doktor yahudi pernah membedah seorang lelaki penagih rokok. Mereka dapati daging dan ototnya mengerut kehitaman, sum-sum tulangnya hitam pekat. Jantungnya seperti karang laut berlubang dan berongga yang mengering. Hatinya pula terbakar seperti dipanggang api. Sejak itulah doktor yahudi melarang penggunaan rokok. Sebaiknya mereka memerintahkan menjualnya ke negara2 muslim. Dari sinilah para ulama mengungkapkan pengharaman rokok kerana ihtiyath (berhati2 dalam mengambil hukum)

xxx


Jadi, nak dipendekkan cerita, kebanyakan masyarakat kita sedar mengenai akan bahayanya rokok kepada kesihatan kita, namun begitu, bilangan orang yang betul-betul mampu berhenti amatlah sedikit. Dan jika kita lihat, semakin ramai yang merokok. Lagi-lagi budak-budak sekolah dikawasan kampung, pekan, mahupun bandar.


Pihak kerajaan dah melancarkan kempen tak nak merokok, malah meletakkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan gejala merokok, tetapi impak nya? Lihatlah Sendiri. Jika isu harga naik,contohnya harga minyak, tepung, gula dsb habis kecoh, namun jika harga rokok naik? Anda lihat sendiri...........

Kalau anda pergi ke pasar malam, ada sesetengah menjual kotak rokok yang canggih, style lagi elegen untuk menggantikan kotak-kotak rokok ini. Ada yang ada lighter, lampu dsb..... Katanya, sejuk mata memandang dari melihat gambar-gambar ni.... hurm... macam-macam.....


Isu rokok ini seperti tiada penghujungnya. KITA SEDANG KALAH secara mentalitinya. Aku pernah melihat satu video dimana Mat Rempit dimana dia mengalami kemalangan. Mulutnya mengucapkan perkataan Rokok..... Rokok....Rokok....... Bayangkan sendiri. Dimanakah ucapan Allah? Rokok yang dicari? Jika Mati?.........................

Isu rokok ni juga boleh menjadi sensitif kepada sesetengah golongan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang berumur. Sukar untuk menghentikan amalan mereka ini. Merokok sudah menjadi satu kebiasaan, kewajipan, dsb. Tidak Sah jika selepas makan tidak dijamu dengan rokok.

Marilah sama-sama kita memikirkan cara yang terbaik untuk menghapuskan Gejala Merokok ini. Sayangi islam, Sayangilah nyawa anda...sayangi duit anda, jgn duk bakar duit gok..

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama