Blogger Template by Blogcrowds

.


 
 PERANAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN DALAM PENINGKATAN KESEJAHTERAAN HIDUP
 
MOHANA SUNDARI A/P RAMACHANDRAN

 

KANDUNGAN

PENGENALAN
BUAH KELO
DAUN SALAD
KOBIS
TIMUN
KUCAI
ASPARAGUS
SELERI
LOBAK PUTIH
PUDINA
PASLI
KACANG BUNCIS
PERIA
BAYAM
KADUK
DAUN KARI
KAPSIKUM
TOMATO
KENTANG
TERONG PIPIT
BAWANG PUTIH
MANGGA
AVOKADO
LEMON
DELIMA
BELIMBING BULUH
PISANG
NANAS
TEMBIKAI
PLUM
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
 

Pengenalan

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.

Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

 

BUAH KELO

 Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

 

DAUN SALAD

 Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

 

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati

penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

 

TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

 

KUCAI

 Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

 

ASPARAGUS

Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat,

ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman –eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

 

SELERI

 Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

 

LOBAK PUTIH

 Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai

kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

 

PUDINA

 Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:

mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

 

PASLI

 Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

 

KACANG BUNCIS

 Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

 

PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

 

BAYAM

 Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.

Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

 

KADUK

 Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

 

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.

Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

  

KAPSIKUM

 Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat

meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.

Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

 

TOMATO

 Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .

Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

 

KENTANG

 Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

 

TERONG PIPIT

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

 

BAWANG PUTIH

 Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

 

MANGGA

Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

 

AVOKADO

 Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

 

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

 

DELIMA

 Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

 

BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

 

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.

Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

 

NANAS

 Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

 

TEMBIKAI

 Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta

keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

 

PLUM

 Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

 

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin mengandungi kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak lagi nyawa yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit.

Fenomena ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta lengkap dengan segala unsur pro dan kontra. Apabila tuhan mencipta penyakit, Dia juga mencipta ubatnya.

  

BIBLIOGRAFI

MAJALAH KOSMIK JAN-DIS 1996
MAJALAH KOSMIK JAN-DIS 1997
MAJALAH KOSMIK JAN-DIS 1998
MAJALAH TRUBUS JAN-DIS 1995
MAJALAH MASTIKA JAN-DIS 1996
MAJALAH MASTIKA JAN-DIS 1997
MAJALAH MASTIKA JAN-DIS 1998




KHASIAT SAYURAN DAN ULAMAN

ZAINUN NOOR

 

Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis sayuran. Banyak jenis sayuran dari merata dunia telah dibawa masuk ke negara kita namun sayuran tempatan masih lagi terletak di tempat teratas. Sayuran tempatan mengandungi khasiat yang tinggi dan penting untuk keperluan aktiviti tubuh. Sayuran tempatan terutamanya dalam kategori ulam-ulaman sebenarnya bukan sahaja sebagai pembuka selera malah ada yang menjadi penawar berkesan serta sumber makanan yang amat berkhasiat. Antara contoh sayuran tempatan yang terkenal ialah timun, peria, bendi, seleri, asparagus, kacang botor, pegaga, dan sebagainya.

Timun merupakan sayur tempatan tetapi bukan dikategorikan sebagai sayur asli. Tempat asalnya dipercayai di kawasan banjaran Himalaya, di India. Timun atau dikenali juga sebagai mentimun sedap di makan sebagai ulam mentah. Menurut kajian tempatan, timun hanya mengandungi sedikit sahaja protein iaitu 0.65%, lemak 0.1%, dan karbohidrat 2.2%. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2, C dan niasin.

Bahagian timun yang mempunyai rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan sebatian kimia jenis terpen yang dikenali sebagai cucurbitasin. Manakala biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Timun yang masak pula jika dimakan mentah dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang

berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan. Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. (rajah 1)

Peria merupakan sejenis sayur yang mempunyai bentuk seakan timun. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan panas radang.

Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia, dan Amerika Syarikat, peria menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV, dan AIDS. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Selain daripada meningkatkan sel imun tubuh, peria juga berguna untuk merawat atau mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "oppotunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh.

Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein ini dinamakan MAP-30 dan terdapat dalam biji dan kulit buah berkenaan. MAP-30 dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sebagaimana yang terdapat pada tikus. Selain itu, ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. (Rajah 2)

Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing. (Rajah 3)

Kacang botor merupakan sayur tempatan yang bukan asli. tempat asal kacang botor adalah kurang jelas ada yang menyatakan dari Afrika Timur, Indonesia, Papua New Guinea dan Indo-China. Menurut kajian tempatan, kacang botor yang masih muda mengandungi satu hingga tiga peratus protein di dalamnya. Jumlah kandungan protein yang tinggi membuatkan kacang botor merupakan salah satu sayuran sumber protein yang setanding dengan jenis kekacang yang lain.

Selain itu kekacang ini juga kaya dengan zat kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya juga elok untuk nutrisi, iaitu proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan protein sebanyak lima hingga tujuh peratus di dalamnya selain vitamin A, vitamin C dan garam galian. Daunnya boleh juga dimakan mentah dan sedap dibuat sayur. Manakala ubinya juga boleh dimakan sebagai ulam mentah. Walaupun selepas dicelur selama beberapa minit, ulam ini masih mengandungi sebanyak 8 hingga 10 peratus protein, selain kaya dengan karbohidrat, kalsium dan fosforos. Daunnya jika dicampur dengan ramuan lain boleh dibuat losyen untuk meredakan penyakit cacar. Akarnya pula berkesan untuk menghilangkan penyakit vertigo ataupun gayat apabila berada di tempat tinggi. (Rajah 4)

Asparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.

Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit. (Rajah 5)

Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Dalam nilaian ekonomi, cili adalah buah terpenting dan mendapat permintaan tinggi hingga nilai kegunaannya mencecah RM90 juta setahun. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dalam rekod CAB Abstracts 1995, capsaitin yang terkandung di dalam cili dilaporkan sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah. (Rajah 6)

Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dijalankan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak kita akan mengalami ‘sembelit jering’. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing. Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Petai juga merupakan tumbuhan asli negara ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Ia mengandungi 11% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Petai atau nama saintifik parkia spp tergolong dalam famili leguminasae. Pokok petai yang terdapat di negara kita terdiri daripada 4 spesies antaranya petai kerayung (parkia javanica), petai maranti (parkia singularis), petai biasa (parkia speciosa) atau dipanggil petai papan dan petai nering (parkia sumatrana).

Sebenarnya kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini petai yang kecut tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional masyarakat melayu biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. (Rajah 7)

Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut. (Rajah 8)

Pegaga merupakan sejenis ulam yang terkenal juga di negara kita. biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam gizi harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. (Rajah 9)

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan dan huraian di atas menunjukkan sayuran dan ulaman tempatan mempunyai khasiat yang tinggi untuk keperluan manusia. Sayuran ini juga mudah di tanam dan ada sesetengahnya tumbuh secara semulajadi disekeliling rumah kita. Kesihatan tubuh badan amat penting untuk membolehkan kita bergerak aktif menjalankan aktiviti harian. Walaupun terdapat banyak sayuran yang diimport dengan pelbagai bentuk, rasa dan rupa tetapi sayur ulaman tempatan masih mendapat tempat utama di pasar tani, pasar malam, dan pasar minggu. Di hotel-hotel kelas tinggi juga ulaman dihidangkan sebagai penambah selera pelanggan. Sayuran ulaman bukan sahaja sebagai pembuka selera tetapi menjadi penawar kepada segala jenis penyakit yang merbahaya.

Rujukan

Ramli Abdul Samad. 1997. Khasiat petai dalam perubatan tradisional. Majalah Kosmik, Jun: 48-49.

Dr. Ong Hean Chooi. 1997. Nutrien dalam tumbuhan penting untuk tubuh. Majalah Kosmik, Disember: 36-37.

Dr. Ong Hean Chooi. 1998. Sayuran tempatan mempunyai khasiat lebih bernilai. Majalah Kosmik, Januari: 38-39.

Rahana MD. 1997. Cili pedasnya menyengat. Wanita, September: 122-124.

Mastika. 1997. Tips kesihatan. Jun: 24-25

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama