Kalau orang Sarawak ada umei, orang Jepun ada susyi, orang Besut ada lawa.
bahan-bahan:
10 ekor ikan tamban sisik diambil isinya sahaja dan dihiris nipis-nipis kemudian cincang (boleh tukar tenggiri atau parang, tapi jgn lak sampai 10 ekor)
3 tangkai kacang panjang dihiris nipis-nipis +- 2mm
sebiji lada merah dipotong
3 biji limau nipis dibelah dua dan buang biji
bahan untuk ditumbuk:
7 tangkai cili kering
setangkai serai yang dah dihiris
3 ulas bawang merah
sesusu teh gula
garam secukup rasa
cara:
gaulkan ikan dengan bahan yang dah ditumbuk sehingga benar-benar sebati
masukkan cili dan kacang panjang, gaul lagi
perahkan asam limau sesedap rasa dan gaul lagi
ikan akan menjadi putih bila sudah cukup asam limaunya
he he he… jangan bimbang ikan ni tak mentah. dah masak dah tu... tak caya tanya orang Sarawak. Cuma orang Sarawak guna asam yang lebih kao iaitu buah kelubi - bukan jeruk kelubi tapi asam kelubi.
1 Comment:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Waa, pandey kitak molah umai ohh. Kamek sik pandei molah, pandei makan jak :)
Kmk org malaya, hubby mek org saratok. Agik masih blaja bahasa swak tok :)