Blogger Template by Blogcrowds

.

hari ni

Salam hari jumaat.... saat ini aku ditangga rumah mencari lain internet yang sekejap ok sekejap tidak ok.... aduhai maxis kenapa nie, nak kata aku duk luar bandar tak ler juga, teruk btl, tm pulak kabel kene curi, angkara si durjana pencuri menyusahkan semua orang..... huhuhhu...subhanallah maha suci Allah, berilah hidayah dan pertunjukMu kepada sang pencuri yang mencuri semua kabel di kampungku ini...amin. hati ini terasa kosong, beberapa hari lagi aku akan dimasukan ke wad, wad lg, bosanya, apalah boleh buat itulah dugaan aku harus hadapi, saat ini hatiku terusik, sedih tak jua, tapi rasa macam perkara berulang, masuk wad lagi 2 minggu, urm ...prepareration seperti barang mandian belum ada lg, terasa malas nak p beli. Semalam baru buat impian jangka panjang ikut buku mudahnya menjemput rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin, ada juga tersa pengisisan,..... sudah 30 tahun 9 hari aku telah dilahirkan di dunia ini, macam semalam rasanya masuk darjah satu dan hari ini aku dah seorang dewasa, wah masa cepat berlalu. Ya aku sudah 30 tahun, masih solo, belum pernah bernikah, tidak mempunyai anak, sedangkan kawan sekolah, matrik, universiti aku semua dah nikah, semua dah ada anak sekurang-kurangnya seorang, majoriti dah 3 orang anak. Wah , rezeki mereka murah, lepas belajar dapat nikah dengaan suami yang baik, penyayang , bertanggungjawab, dapat anak, anak, yang comel, sihat walafiat, lepas tu dapat tempat keje yang best dekat dengan famili, dapat anak kedua ketiga, rumah besar kereta baru pergi melancong, p umrah, kesihatan yang baik.alhamdullilah tumpang gembira tengok rakan2 bahagia, bila berfacebook mereka akan update gambar2 anak, tempat2 melancong. Subhanallah maha kaya Allah yang memberi rezeki lagi maha pemurah dan pengasihani..... tidak semua orang dapat nikmat itu, tp majariti kawan2 ku dapat itu. apa rahsia mereka. apasalah aku, akhirnya aku semakin mengerti... terima kasih Allah kerana semuanya. minda ku agak tidak tersusun waktu ini, semoga rawatan ku kali ini adalah rawatan terakhir, semoga ada keajaiban dari Allah untuk membantuku disaat ini. ku mohon agar Allah memberi hidayah kepadaku, menyembhkan ku tanpa meninggalkan kesan yang memudaratkan kepada diriku, keluargaku dan orang sekitarku, agar aku mampu, bertakwa kepadaNYA, MENJADI ANAK YANG BAIK DAN SOLEHAH, PEKERJA YANG baik, amin23x..... al fatihah untukku, alfatihah untuk ibku, alfatihah untuk ayahku, alfatihah untuk keluargaku, alfatihah untuk faridah kelthum...alfatihah. sedekah yang paling murah dan senang tanpa guna wang tenaga yang banyak serta masa hanya alfatihah, berhenti sejenak baca entri ini, jom kita sedekahkan alfatihah kepada mereka2 yang kita sayangi dan ingati, tidak lupa juga alfatihah untuk saudara dan saudari yang sedang membaca entri ini.... alfatihah!!!!.................................................................................. amin......................... alhamdullilah.

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama