Blogger Template by Blogcrowds

.

urm..... tinga beta buat hal lg...... aduyai..........ape nk cite eek? tinga kene jangkitan lg....lambatnya nk dpt gaji, terasa nk p sibu specialist lak......huhuhuhu...... satu benda yg menarik dlm blog laksamana beta,yang beta copy paste......:
"1.sahabat yang baik selalu menjaga sahabatnya dari segi maruah, harta-bendanya,kesihatanya.
2. sahabat yang baik selalu bersangka baik & positif terhadap sahabatnya.
3.sahabat yang baik tidakkan memudaratkan kita.
4. sahabat yang baik selalu memberi teguran, pandangan yg jujur & ikhlas .
3. sahabat yang baik selalu melindungi sahabatnya dari bencana.
4. sahabat yang baik sentiasa menjaga hati dan perasaan sahabatnya walau ape jua keadaan, kerana sahabat bukan khadam kita, bukan adik kita yang boleh di marah-marah sesuka hati apatah lagi di herdik-herdik, yg boleh dihina sesuka hati..........
*yang penting sahabat yang baik tidak pernah bt kita menangis kerana satu seksaan ......


panjang bebenar karya laksamana beta hari nie...... sudutan ini aku petik nak faham...... aku ada sahabat ker sekarang????????????? malas ler wei budus laptop aku nie asyik hangnangka....... i love laksamana beta.... zzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz

sambung copy esok, hang pulak blog laksamana beta cayunx nie...huhuhuhuhhuhuhu

nianak Ah.....Rafeah....... di MMS kt aku ucap selamat hari raya sambil send pic nie...... seingat aku awalramadhan...lupa beta nk pos.... laksamana beta kata cute dak nie....

hehehe... terkezut aku bila buka blog personal aku.....(bukan produk blogspot) blog tue main dia totally dah upgrade gilo....aku mcm xpercy selepas 5thn admin blog tersebut buat pembaharuan dan bt kerjasama dgn S.E........ aku xpasti bila tarikh tepatnya...rasanya kemalrin kot....aku xlogin pun kerana hp aku ada masalah.... aku xpasti plak laksamanabetaku tau atau tidak.......... yg plg bes merit aku dah up...... hehhehehe...dah hari ni adalah hari ULANGTAHUN AKU KE 5 JADI STARBLOGGER...... TOP10 RANGKIN...hehehehehe.......part komuniti blog dah ubah gilos...... contoh nya kategori starblogger admin bt sama jg papar 10 blog yg telah di undi oleh blogger tetapi admin getirkan/hebatkan lg.....di mana dia bt sinopsis blog2 nie cite pasal per .... edition eng/mal...... tp sinposis tok blog aku kelakar jg admin bt....(Explore the World of Our Star Bloggers... lepas tue diasenarai/[aparkan 10 starblogger punya blog..... tp blog aku admin sinopsiskan sebagai'A girl blogs about many chapters of her life! (Mal))tau nk kategori mcm nie aku tulis eng je semua..... dlm tahun nie aku tulis mal je....... bermula tahun 2005 sampai sekarang aku masih dlm senarai starblogger,pernah menjadi ketua starblogger..... lebih dari puluhan subcribes blog aku tue.....wawaw....aku suka blog tue lg dari blosgpot kerana senang nk link dgn others blogger.... aku ramai jg musuh yg anti aku kerana kelancangan kata-kataku, kejayaan aku jg starblogger kt laman blog tue...... entah ler dah bakat azali aku, aku xrancang nk jadi starblogger tp dah dapat...huhuhuhu....dulu laksamabeta aku merajuk jg kerana aku jadi starblogger, sehingga dia totop blog dia..... kerana ....kerana ape eh nak? sebab beta ramai peminat..... lepas tue aku xaktif...... tp still jg jadi starblogger,sebelum tue aku dah jadi most popular and most active........ setelah sekian lama perubahan besar berlaku....lebih canggih....caya ler mblog...pwitt.... laksamana beta kau dah tau ker? aku terima kasih kepada blogger yg undi aku jadi starblogger.... aku cerita dari td tp xckppon blog mn kan..... bukan ape aku takut org yg xtau berblog, i meant xtau akta blog, dan adat resam blog tue yg dasyat join. 1 bt perak peranda dunia blog, 2 sebabkan aku terkena, jadi blogger wanita patut berhati-hati kerana kita plg bahaya...... mls ar nak cerita,.... kepada dah tau ape , di mana, fahamler aku cerita nie, pada xtau, baik xpyh tau......... hehehehehe...... blogspot bila lagi nak bt pembaharuan..... bt ler boleh wujudan banyak2 album yg teratur mcm blog sana jg.....hhehehhehehehhehehhe....... terima kasih kepada ex aku faizal yg pernah menjadi sifu tuk ku..... sehingga aku jadi starblogger di sana,.....kepada laksamana betaku...jgnlah risau..... mereka hanya minat hasil nukilanku bukan diriku yg serba kekurang ini..... tp laksanbeta xleh giat blog sn, sebab komuniti sana laju,risau i takut laksamana dikebas orang....main blogspot dah ler laksamana beta wei...... tq kepada admin...blogsana.... blogspot tlg bt g canggih kit...hihihihihihihi..........
kepada blogger junior baca akta berblogging dulu tuk keselamatan anda, atau dapatkan buku cara berbloging tuk wanita supaya kita selamat...ok!!!! tc.......


selamat hari raya aidilfitri kepada umat islam .... maaf zahir & batin......kepada kekawan yang mengenali aku.....ku pohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada silap dan salah...halalkan yg terambil dan termakan.... tok laksamana beta tercinta...... esok tepat pukul 5.30 pg kami akan bertolak ke airport sibu dari sarikei...harap2 perjalanan kami xada aral melintang....xsabar nk pulang rumah jumpa mama,ayah, dan keluarga serta laksamana beta tercinta..........kepada kak nor tahnia dapat baby baru, kepada yana selamat pegantin baru dan kepada wan anak buahku tersayang gudluck!!!!semoga dapat 12A
tok blogger sori ler xdapat upload blog selalu kerana sekarang xguna hp sony lg....... pakai laptop malas ler nk upload..... tunggu dah dapat hp sony baru , baru i akan persembahkan pic yg
unik2 tok semua...tunggu!!!!!!!

akhir sekali selamat menyambut hari raya puasa, berhati-hati dijalan raya, pandu cermat jiwa selamat, jgn laju2 tau....menyesal nanti!!!!!!!!!



The recipe of friendship: 1. Cups of sharing 2. Cups of caring 3. Cups of forgiveness and hugs. Mix all of these together to make friends forever ....The test of friendship doesn't come when you're together it comes when you part ways and you realise that despite the distance, the friendship is still there ...Upset, its bring us to the bottom of sadness. Kindly don't looked at back and put the past memories as your teacher for a new journey. Make your new life with an honest friendship and appreciate somebody who thinking of you,,,,,,,,,,,,,,,,,,


mula-mula nak minta maaf kat bie...kerana lama xreport kt mana2 blog kerana bz.....malas..... malas betul berblogging dgn laptop bes lg dgn hp.......no 2 eth terasa terawan awangan....xtau knp........ no 3 dunia xseindah yg kita fikirkan...... urmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm asal xsemua umat tulus ikhlas dan memahami.........no 4 letih dgn permainan hidup..... tujuh kerana laptop nie dah lembap....8 sibuk bt soalan trial spm, dan exam akhir tahun....... 9 kerana banyak benda yg berlaku dan membuat ku rasa terkilan....... 10.....kerana hp sekali lg.... hik...hik...hik..... hari dah dekat... ape2 pon xsiap...mcm mn????????????/postpond lagi nak? hehehehhe....... not ready yet!!!!! plz forgive me!!! hehehe... tp ape kaitan pic nie dgn perkara hari ini......wawawawawaw bie kasi pic nie sgt...... post pic nie ler... cayunx bie...nite bie


BAHAN MAKLUMAT - Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai)
‘1 MALAYSIA’

(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

1. PENGENALAN


Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.


4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.


5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.


6. MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.


‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.


7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.



7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


8. KESIMPULAN


Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.




Sumber:

1. www.1Malaysia.com.my
2. Akhbar-akhbar tempatan
3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

PMR PUSAT MAKLUMAT RAKYAT


selamat pagi murid-murid....... selamat pagi cikgu.......duduk semua murid-murid..... terima kasih cikgu....... ana knp dgn awak,mata merah je cikgu tgk......... ana diam membatu....... satu suara dari belakang kedengaran..... dia sedih cikgu...kerana buku cerita dia terkoyak.....macam mana boleh terkoyak ana? tanya cikgunya...... ana diam je......di kesat2 airmatanya dengan lengan baju...... pilu pulak hati si guru melihatnya.... alah buku cerita tue hanya rm19.90 je cikgu.... saya dah bagi rm50 sebagai ganti rugi bila baru tapi dia xnk cikgu, xpe nanti saya p kedai belikan yg baru, dia meme mengada-ngada cikgu...... sebenarnya saya yang koyakkan....bukan ape, si holi ni tarik...sy cuma nk baca sinopsisnya sahaja ulas jusoh!!!! cikgu hanya mengeling2kan kepada...... tertiba air mata ana mencurah mcm air dari pili....ku tanya mengapa.....dengan suara terketar-ketar anamenjawab, "cikgu buku cerita itu hadiah dari arwah ibu saya...hanya itu kenangan terakhir saya dan ibu saya, yg paling saya sedih ialah, tempat buku itu terkoyak adanya t.tangan ibu saya" .....sambil teresak2 ana terus menungkupkan mukanya ke meja...... cikgu menghampiri ana ,sabarlah ana, jusoh xsengaja,sabil mengosok-gosok belakang ana....... okmurid-murid sekalian,dengar sini cikgu nk nasihat, ok sebelum itu cikgu nak cite satu perkara kat kamu semua.kamu rasa kenapa cikgu bertindak demikian dalam situasi yang akan cikgu ceritakan ini.cikgu pinjam majalah cikgu nora,tp cikgu beleknya dengan berhati-hati kerana majalah itu adalah hadiah dari suaminya...rasa2 kamu knp? saya tahu cikgu! celah jusoh, sebab cikgu takut kalau koyak cikgu nora marah cikgu, salina pula berkta,sebab cikgu takut dengan cikgu nora,...
ok murid-murid,cikgu bertindak sedemikian kerana cikgu hormati cikgu nora sebagai kawan... sebab cikgu nora kawan cikgu, bila kawan pada cikgu macam adik beradik....... cikgu hanya takut pada Allah pencipta alam semesta ini....... pada cikgu bila kita berkawan mesti kita sayang kawan kita..... jika kita sayang mesti kita xnk melukai hati kawan-kawan kita, walaupun harga murah,nilai sesuatu barang itu terletak nilai astetikanya kenangan.. kita mana tau?.kalau awak, awak marah x bila kepunyaan yang membawa seribu erti kenagan di ganggu?, tentu tidakkan?
cotohnya dalam kes ini, mungkin pada jusoh ia sebuah novel klasik!tapi pada anas sebuah kenagan yang tidak dapat didapti dan di beli di mana saja.......
janga jadi orang zaman kekegelapan, jahiliyah...kita x di suruh takut kepada sesama makhluk....tetapi belajar ler menghormati hak, keperluan orang lain.... faham murid2 faham cikgu...
? jawab murid....ok jusoh minta maaf dengan ana..... ingat ye kelas,walaupon pada kita ia perkara murah, kecil,remeh tp mungkin pada orang lain ia istimewa........ cikgu percaya kamu bukan hidup zaman jahiliyah iaitu zaman gelap lagi, jadi cuba hormati orang, n kepunyaan orang , supaya orang akan hormati awak jg, n bezakan awak dengan manusia zaman firaun dulu....k....kelas..... peringatan kepada semua.... baik cikgu!!!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama